Friday, February 3, 2012

Maulidur Rasul VS Thaipussam

Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad SAW. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulud Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAWdengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad SAW, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah SWT terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah SWT.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.

Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.

Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini.Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.

Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.

Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala dengan warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.

Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.

Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.

*Kesimpulannya tiada bandingannya sekiranya kita mencintai Allah SWT dan nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW...

Thursday, February 2, 2012

it's all about me

Hai all...

It seems like everybody using blog as a place to tell their story, so I need some space to do the same thing. I tak tau nak tulis or story mory macam orang lain coz I'm not a jounalist. Lately ni cuma banyak rasanya luahan hati ni tak kesampaian. Selain FB rasanya blog is the best place untuk mengarut.

I nak start dengan story tahun baru. Bermula Januari 2012, anak lelaki I yang sulung Muhammad Adeeb Faiq dah pun masuk sekolah. Sekolah Tadika Khalifah Didik yang di bawah naungan Little Caliph. So far, dah sebulan Adeeb laluinya. Alhamdulillah, dia mula belajar berdikari walaupun kat rumah kadang-kadang buat manja yang keterlaluan. Cerita tentang persekolahan ni, macam-macam dalam fikiran sebagai Mama ni. Sama ada anak kita ni pandai berkawan ke tidak, pandai cakap ke tidak. Kesimpulannya semua yang kita fikir adalah negatif. Sedangkan anak kita dalam keadaan yang sangat baik malah mempunyai karakter yang berbeza bila berada di sekolah. Tiada apa yang lebih memuaskan hati apabila Teacher dia kata "Adeeb paling senang nak handle". Mama pun ternganga dengar statement Teacher sebab bila dekat rumah dia la hero!! ermmm....apa-apa pun semoga Adeeb jadi anak yang Soleh dan seorang murid yang mendengar kata.

Sekarang Anasz tinggal keseorangan di rumah tanpa ada sebarang gangguan. Anasz tinggal dengan Wan (nenek) dan kadang-kadang Bibik Rosmah (bibik yang jaga Opah). Anasz berkelakuan sangat baik kerana takde partner nak gaduh. Kesian pulak kat dia tapi nak hantar playschool, Wan dan Opah tak bagi pulak.

Kesimpulan yang boleh dibuat di sini adalah anak kita ni kadang-kadang lebih berdikari kalau dengan orang lain berbanding bila dia bersama-sama dengan mak bapak dia. Sabar je la....